Perang Social Lucius_Cornelius_Sulla

Perang Social (91–88 BC) berlaku akibat pergeseran Rom intransigence berkait dengan kebebasan awam bagi Socii, rakan Itali Rom. Socii merupakan entiti berasingan pada 'Latin' yang kekal taat pada Rom kecuali Venusia. Socii merupakan musuh silam Rom yang kemudiannya tunduk, (seperti Samnites) manakala Latins merupakan konfederate telah lama dengan Rom; dengan itu Latin dilayan dengan lebih hormat dan menerima layanan lebih istimewa.[8] Bergantung pada Republik Rom, provinsial Itali mungkin dipanggil bagi mengangkat senjata bagi pertahanannhya atau mungkin dikenakan cukai luar biasa, tetapi mereka tidak mempunyai suara bagaimana perbelanjaan cukai ini atau kegunaan askar yang mungkin dibentuk dari jajahan mereka. Perang Social, sebahagiannya, disebabkan penolakan berterusan ke atas mereka yang berusaha untuk memperluaskan kewarganegaraan Rom pada Socii dan menangani pelbagai ketidak adilan yang wujud dalam sistem Rom. Gracchi, Tiberius dan Gaius, dibunuh secara berturut-turut oleh tindakbalas Optimate yang cuba mengekalkan keadaan semasa ("status quo"). Akhirnya pembunuhan Marcus Livius Drusus merupakan langkah terakhir. Perubahannya bertujuan bagi memberikan Kerakyataan Rom pada perikatan, yang akan memberikan mereka suara dalam polisi luaran dan dalaman Republik Rom. Ketika Drusus dibunuh, kebanyakan perubahannya bagi menangani aduan itu diistihar tidak sah. Ini membangkitkan kemarahan Socii, dan akibatnya, kebanyakannya bersekutu menentang Rom.

Pada permulaan Perang Social, bangsawan Rom dan Senate mula bimbangkan cita-cita Gaius Marius, sekalipun telah pernah memberikannya 6 konsulship (termasuk 5 secara berturut-turut, dari 104 BC hingga 100 BC). Mereka bertegas untuk tidak memberikannya pemerintahan keseluruhan perang di Itali. Dalam pemberontakan terakhir penyokong Itali, Sulla berkhidmat dengan cermerlang sebagai jeneral. Dia mengatasi kedua-dua Marius dan konsol Gnaeus Pompeius Strabo (bapa pada Pompey Magnus). Pada tahun 89 BC Sulla menawan Aeclanum, bandar utama Hirpini, dengan membakar halangan kubu kayu. Hasil kejayaannya menamatkan Perang Social dengan kejayaan, dia dilantik sebagai konsul buat kali pertama pada tahun 88 BC, bersama Quintus Pompeius Rufus (tidal lama kemudian besan anak perempuannya) sebagai rakan sejawatnya.

Sulla berkhidmat tidak hanya dengan bijaksana sebagai jeneral semasa Perang Social, tetapi juga dengan keberanian peribadi yang besar. Di Nola dia dianugerah Corona Obsidionalis (Obsidional atau Mahkota Kepongan), juga dikenali sebagai Corona Graminea (Mahkota Rumput). Ini merupakan penghormatan tentera Rom tertinggi, dianugerah bagi keberanian peribadi kepada komander yang menyelamatkan legion Rom atau tentera di medan pertempuran. Tidak seperti mana penghormatan tentera ROm yang lain, ia dianugerahkan melalui pengistiharan tentera askar yang diselamatkan, dan dengan itu amat sedikit yang pernah menerimanya. Mahkota tersebut, secara tradisi, dianyam dari rumput dan tumbuhan lain yang di ambil dari medan pertempuran sebenar.[9]

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...